Salam Aidilfitri 2011

Hari ini sudah 29 ogos, anak bulan sudah kelihatan, esok RAYA! Yeayyyyyy!!

Setiap tahun dari kecik sampai ke besar, mesti beraya kat kampung, tapi tahun 2011 ni, first time aku dan family beraya di Bandar. Gila sunyi Andalas! Hilang mood aku nak beraya. Arghhhh!! Nyesal setuju ngan ayah nak beraya kat sini. Tak feel langsung. Yela, gi masjid nak takbir raya pun orang x ramai. Hampeh betul. X bergema langsung masjid dengan suara makmum2.

Macam biasa, bila nak raya mesti la kene kemas rumah. Tapi xtau nak kemas rumah cane lagi dah. Tengok rumah orang lain smua siap ade lampu liplap cerah dan meriah, rumah aku harap pintu pagar je meriah tapi suram je, yela tanpa kehadiran anak buah nak memeriahkan suasana raya ni. Dorang ikut papa dorang balik umah mama dorang la. Turn mama dia tahun ni. Kalu ade budak2 meriah la rumah.

Tapi yang pasti, raya kedua nanti aku dan family akan pulang juga ke kampung. Balik pasir puteh dulu baru balik setiu. Pastu sabtu balik klang. Berapa hari je kat kampung nanti? Adalah dalam 4 hari. Macam x puas je. Xpe laaaaa. Harap2 datang la mood nak beraya kat klang ni. Sunyi woi! Mana nak datang mood tu.

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir andai ada tersalah cakap, tersilap sentuh. Selamat pergi selamat kembali.